Kedua, jangan bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kita sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian.. Dont worry be happy!
Ketiga, hidup secara sedarhana adalah tuntutan agama kita. Kesedarhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kita tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekuang-kurangnnya kita mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sederhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengara di serata dunia.
Keempat, jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlalu mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi milik kita.
Kelima, banyakan memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihat ke jalan Allah.
Keenam, sentiasa tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekat menurut kata pujangga. Dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membautkan wajah anda nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkapkan penampilan anda dengan senyuman…
Ketujuh, perlu ada kawan rapat. Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan… Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kita berduka, memapah tangan ketika kita terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kita terluka dan marah. Selalu mengirimkan sms bertanya kabar dan menghabiskan hujung minggu bersama-sama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang dikategorikan sebagai `good friend`.
